Student Engagement and Milestones
Celebrate student accomplishments, including convocation ceremonies, club activities, and orientation events.

Pekan, 2 October 2024 – The Faculty of Manufacturing and Mechatronic Engineering Technology (FTKPM) at Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) successfully organized the First Year Seminar 2024, held at Dewan Kuliah 1, FTKPM. The full-day program, which ran from 9:30 AM to 5:30 PM, aimed to equip new students with essential academic guidance and skills needed for their journey at the faculty.
The seminar included a variety of sessions designed to prepare students for their academic journey:
- Introduction to FTKPM and faculty overview
- Academic planning and survival skills
- Laboratory safety and 5S practices
- Sharing sessions with alumni and academic advisors
- Introduction to active student organizations at the faculty
The event provided students with valuable insights into academic expectations, support systems, and opportunities for personal and professional growth. It also allowed students to engage with faculty staff, technical personnel, counselors, and alumni.
The faculty expresses its gratitude to all who contributed to the success of the program, including lecturers, technical staff, counselors, and alumni who shared their knowledge and experiences. This initiative reflects FTKPM’s commitment to ensuring a smooth and enriching transition for its new students.

Tahniah diucapkan kepada kelab UMPBOT UMP di atas kejayaan merangkul 8 pasukan terbaik daripada 25 pasukan keseluruhan dalam Pertandingan Robocon Malaysia 2022 yang dianjurkan pada 1- 5 Jun 2022 yang lalu. Pada tahun ini, pasukan UMPBOT telah berjaya melayakkan diri sehingga ke pertandingan suku akhir dengan menewaskan beberapa pasukan dari institusi pengajian tinggi (IPT) lain dari seluruh Malaysia.
Pertandingan Robocon Malaysia pada tahun ini adalah bertemakan Lagori - Tuju Tin iaitu permainan tradisional negara India. Hal ini kerana New Delhi, India merupakan tuan rumah ABU Robocon 2022, di mana pasukan yang melayakkan diri sebagai Juara pada tahun ini bakal beraksi di sana untuk berentap di kejohanan peringkat antarabangsa.
Dari warga FTKPM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan ini, khususnya kepada ahli kelab yang majoriti terdiri daripada pelajar mekatronik di FTKPM. Semoga kejayaan pada tahun ini dapat menyuntik semangat berpasukan, meningkatkan keyakinan dan kecerdasan pelajar seterusnya mengharumkan nama fakulti dan Universiti Malaysia Pahang di kejohanan lain.

PEKAN, 26 Julai 2021– Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Jothi Letchumy a/p Mahenda Kumar, 28, bakal ditawarkan menyambung pengajian di peringkat Sarjana (MREs/PhD) di Imperial College London, United Kingdom pada bulan Oktober depan setelah menerima biasiswa untuk sebahagian yuran serta elaun sara hidup daripada pihak Imperial College London.
Manakala Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) pula akan menaja bayaran baki yuran pengajian beliau bagi menyambung pengajian nanti.
Sumber: https://news.ump.edu.my/jothi-letchumy

KUANTAN: Pengantarabangsaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membina jaringan kerjasama akademik yang kukuh dengan universiti di Jerman mampu melahirkan graduan berdaya saing.
Graduan program dwi-ijazah Mekatronik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Nabilah Rosli, 25, berkata mahasiswa perlu mencari peluang menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran terutama dari segi teknologi. Dia berbangga apabila berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh dua ijazah serentak daripada UMP dan Karlsruhe University of Applied Sciences (HsKA). Lebih membanggakan, Nabilah dan sahabat baiknya, Ong Kai Li, 24 berkongsi kejayaan menerima Hadiah Kecemerlangan Program Dwi-Ijazah pada Majlis Konvokesyen UMP yang ke-14 di UMP, baru-baru ini. Nabilah dari Terengganu dan Kai Li dari Pulau Pinang bersyukur serta teruja dapat menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan. Perbezaan budaya bukan halangan kepada mereka untuk sentiasa berkongsi pandangan dan idea dalam melaksanakan setiap tugasan diberi pensyarah mereka.
Nabilah berkata, UMP adalah universiti terbaik dalam membina jati diri insan dari segi akademik dan pembentukan sahsiah diri serta meningkatkan pengetahuan dalam mendepani teknologi. “Untuk terus maju dan berjaya, mahasiswa perlu sentiasa mencari peluang memajukan diri dan tidak mudah berputus asa kerana kejayaan tidak hadir tanpa usaha gigih,” katanya. Sementara itu, Kai Li yang juga penerima Anugerah Dekan berkata, selama enam semester sepanjang pengajian, dia berpegang kepada prinsip pemikiran positif yang menjadi kunci kejayaan. Katanya, UMP adalah universiti awam yang berupaya membina nama dalam bidang teknologi dan kejuruteraan pada peringkat antarabangsa. “Pengalaman dan kepahitan ditempuh ketika pengajian menjadi pengalaman dalam hidup terutama cabaran mempelajari bahasa asing serta ketika menjalani program mobiliti di Jerman selama enam bulan. “Pengalaman belajar di Jerman membolehkan saya peluang belajar kebudayaan dan teknologi negara terbabit, malah dapat mempelajari budaya masyarakat Jerman dalam mendidik generasi muda,” katanya. Kai Li kini berkhidmat sebagai Jurutera Pembangunan dan Penyelidikan di Vitrox Corporation Berhad. Turut menerima anugerah itu ialah Mitchell Enrique Kuansin, 24, yang juga menerima Hadiah Kecemerlangan Yayasan Sabah.
Selain itu, turut berkongsi kegembiraan adalah penerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat, Datuk Mokhtar Samad yang turut berkongsi pentas konvokesyen serentak dengan isteri dan empat anaknya selepas berjaya menamatkan pengajian program Master Eksekutif Pengurusan Projek di bawah UMP Advanced Education (UMPA). Seramai 3,782 graduan UMP bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-14 disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UMP.
Rujuk sumber berita di sini.
