Lawatan sambil belajar pelajar dari Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan ke FTKPM bagi menerokai bidang teknologi dan kejuruteraan

Pada 13 Julai yang lalu, FTKPM telah menerima kehadiran seramai 127 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan sempena lawatan sambil belajar di UMP. Tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menerokai bidang teknologi dan kejuruteraan. Dalam lawatan ini, FTKPM yang telah diketuai oleh Ketua Teknikal iaitu Encik Aidil Shafiza telah mengiringi para pelajar dan guru pengiring ke makmal bahan, makmal permesinan termaju, serta makmal kenderaan autonomi. Para pelajar kelihatan bersemangat dan gembira ketika ditunjukkan beberapa bahan dan peralatan di makmal oleh staf teknikal iaitu Encik Safronizan, Encik Nursyazwan dan Encik Rizal. FTKPM berbesar hati menerima kehadiran para pelajar dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat lagi diteruskan untuk mempromosikan program-program kejuruteraan yang boleh menarik minat pelajar menerokai bidang sains dan teknologi. 
 
 
 
 

Print   Email